Muhammad Khairul bersama dua anaknya memegang nombor pendaftaran baharu (kanan) dan nombor pendaftaran lama (kiri) sewaktu ditemui di kedai aksesori kereta.
TEMERLOH – Cuti hujung minggu digunakan sebaik mungkin oleh pemilik kenderaan apabila ramai yang mengambil peluang menukar nombor pendaftaran kenderaan yang mematuhi saiz sebenar seperti diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar Temerloh dan Mentakab semalam menemui beberapa pemilik premis dan pemilik kenderaan yang mengakui terpaksa mengambil langkah segera menukar nombor pendaftaran bagi mengelak dikenakan saman antara RM150 hingga RM300.
Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Muhammad Khairul Mohamed Isa, 37, berkata, dia patuh dengan arahan yang dikeluarkan JPJ itu bagi mengelakkan dikenakan saman yang sia-sia.
Menurutnya, isu nombor pendaftaran kenderaan sudah heboh diperkatakan di seluruh negara dan jika tidak ditukar kepada saiz sebenar hanya mendatangkan kerugian kepadanya.
“Saya hendak balik kampung di Maran hari ini, takut juga kalau ditahan JPJ yang tengah kuat operasi sekarang, daripada rugi RM150 lebih baik saya tukar baharu hanya RM30.
“Kebanyakan kedai aksesori kereta hari ini dipenuhi pemilik kenderaan yang mahu tukar nombor pendaftaran, nasib baik banyak pilihan di bandar ini,” katanya.
Seorang pemilik premis di Mentakab, Lim Sew Pek, 62, berkata, kedainya didatangi ramai pemilik kenderaan sejak awal minggu ini dan bertambah apabila cuti hujung minggu.
Menurutnya, jarang sekali orang ramai mengambil peluang menukar nombor pendaftaran seperti yang dilakukan sekarang akibat arahan JPJ.
“Biasanya orang ramai hanya mengikut sahaja saiz yang dicadangkan pemilik kedai kerana mereka tidak mahu lagi kena saman, pemilik kedai ada saiz sebenar yang ditentukan JPJ,” katanya.
Sementara itu seorang pemilik kenderaan yang enggan dikenali berkata, dia mengambil keputusan menukar nombor pendaftaran memandangkan dia selalu memandu dalam jarak jauh setiap minggu.
Menurutnya, dia menukar nombor pendaftaran pada harga RM70 untuk bahagian hadapan dan belakang kenderaan yang mengikut saiz diluluskan JPJ.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: