Rahmatullah (kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Wan Baharuddin Wan Ismail menunjukkan tilam diperbuat daripada kenaf.
DR Rahmatullah Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera, bakal memasarkan tilam pertama di negara ini diperbuat daripada gentian kenaf, selewat-lewatnya tahun depan.
Pengarah Urusannya Dr Rahmatullah Hussain berkata keputusan itu diambil selepas melihat kejayaan memberangsangkan jualan produk berkenaan kepada penduduk di sekitar Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
“Alhamdulillah, selama tujuh tahun tilam ini dibuat kajian dan dijual kepada penduduk di sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang dan negeri di Utara, tilam daripada kenaf ini semakin dapat perhatian.
“Ini disebabkan tilam kami hasilkan ini bukan sahaja jauh lebih murah malah didakwa oleh pembeli mampu merawat masalah tidur dan sakit belakang,” katanya di kilangnya di Pengkalan Tambang, Permatang Pauh, semalam.
Rahmatullah berkata tilam berjenama `Finaf’ itu akan dipasarkan melalui anak syarikatnya Finaf Mattress Sdn Bhd.
Beliau berkata, empat variasi tilam iaitu King, Queen, Single dan tilam bayi yang dijual pada harga antara RM300 dan RM1,200.
Beliau berkata enam pekerja kilang berkenaan kini mampu menghasilkan lebih 500 tilam sebulan, dan merancang meningkatkannya kepada lebih 1,000 apabila ia mula diperluas ke luar negeri itu.
“Alhamdulillah kami dapat sokongan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang telah membekalkan kira-kira tiga tan metrik kenaf sebulan," katanya.
Memperoleh perakuan Sirim QAS pada awal tahun ini, syarikat itu baru-baru ini memenangi pingat emas pada pertandingan peringkat kebangsaan menerusi tilam bayi kenaf.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: