MUNGKIN nama mereka jarang didengari mahupun dikenali di kalangan generasi muda masa kini, namun bagi peminat muzik yang membesar seiring era 80 an, ‘Kembara’ mungkin antara kumpulan yang dirindui.
Sekembalinya grup yang mengetengahkan muzik harmoni ini, sudah tentu bakal mengimbau semula nostalgia era kegemilangan mereka.
Pengasas Kembara yang juga vokalis utamanya, Datuk M. Nasir bersyukur biarpun penubuhan kumpulan ini sudah lama, tetapi masih lagi diingati sehingga hari ini.
“Bermula dengan saya, A.Ali dan S. Sahlan, Kembara akhirnya berkembang dengan kemasukan anggota baru yang lain iaitu Zoul, Cheman, Md Shah dan Shahrom.
“Muzik Kembara juga turut berkembang di mana pada awalnya kami bawakan muzik berelemen kerakyatan atau folk dan selepas digantikan generasi baru ia turut beralih pada muzik rock seni dan pop rock.
“Alhamdulillah, biarpun ketika itu kami meneroka alternatif baru, kehadiran kami diterima baik dan lagu-lagu kami disenangi peminat muzik waktu itu,” katanya.
Menurutnya, selepas 28 tahun tidak beraksi menghiburkan peminat tempatan, Kembara mahu konsert kali ini menjadi persembahan yang bermakna buat penyokongnya.
“Untuk konsert kali ini, kami akan tonjolkan persembahan yang tersendiri di mana secara keseluruhan kami masih lagi mementingkan vokal harmoni, muzik kerakyatan dan alunan gitar akustik yang tidak lari dari genre yang kami ketengahkan sebelum ini.
“Lebih menarik, kami turut akan dibantu dari segi visual yang lebih menarik oleh pemuzik profesional yang akan diketuai oleh pengarah konsert, ‘Bombay’.
“Selebihnya, kami cuba untuk kerahkan semangat dan tenaga untuk menjadikannya lebih menghiburkan,” katanya.
Pada masa yang sama, salah seorang anggotanya dikenali sebagai S. Sahlan turut berkongsi keterujaan yang sama.
“Bila ada perancangan untuk mengadakan konsert ini, saya memang bersemangat tambahan pula karya-karya kami masih diingati sehingga hari ini.
“Kami akan cuba lakukan yang terbaik agar ia mampu memberi kepuasan pada penonton yang hadir.
“Sepanjang konsert kami akan sajikan penonton dengan susunan lagu daripada tujuh album yang pernah kami hasilkan sebelum ini seiring dengan pengembaraan kami dalam industri muzik ini. Semoga semuanya dapat berjalan dengan baik,” katanya sambil tersenyum.
Tiket konsert yang berharga RM68, RM98, RM188, RM258, RM328 dan RM388 mula dijual sejak 22 September lalu menerusi www.ticket2u.biz dan di kaunter Box Office di Istana Budaya.
Album buat peminat
Dalam perkembangan lain, M. Nasir turut memberitahu, selain sibuk dengan persiapan konsert, Kembara juga sedang giat menghasilkan buah tangan terbaru buat peminatnya.
“Untuk album kali ini, terdapat beberapa lagu baharu yang kami rekodkan di mana ia masih mengekalkan identiti Kembara.
“Pada masa yang sama, ada juga lagu-lagu lama yang kami rakamkan semula tapi dengan susunan muzik yang sedikit berbeza.
“Kami berharap, dengan kemunculan album ini tidak lama lagi, ia akan mengubati rindu peminat yang mungkin sudah lama menantikannya,” ujarnya.
Sebelum ini, Kembara pernah tampil dengan tujuh album iaitu Kembara pada 1981; Perjuangan (1982), Generasiku (1983), Seniman Jalanan (1984), 1404 Hijrah (1984), Duit (1985) dan Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: