REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil.
Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan.
Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu.
Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan.
“Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru.
“Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo’s Fantastico, semalam.
Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu.
Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro.
Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya.
“Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu,” katanya. Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. “Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: