|
PELANCARAN variasi pencetak laser warna oleh Samsung Malaysia Electronics (Samsung) memberi khabar gembira buat individu dan pemilik perniagaan yang memerlukan produk tersebut untuk memudahkan urusan mereka.
Terkenal dengan keunggulan rangkaian kelengkapan elektronik dan komunikasi yang berteknologi tinggi, Samsung tidak pernah menghampakan pelanggannya apabila mengeluarkan sesuatu produk.
Enam model mesin pencetak laser warna bersaiz A4 dengan pelbagai fungsi iaitu CLP-360, CLP-3300, CLP-415, CLX-4195, CLP-680 dan CLX-6260 menjanjikan kecekapan dan kualiti cetakan yang menakjubkan.
Pengurus Kategori Pencetak dan Barangan Konsumer Samsung, Ku Wei Jian berkata, kesemua model pencetak tersebut memiliki ciri-ciri kawalan intuitif dan prestasi yang boleh dipercayai.
Ia menawarkan pilihan cetakan mesra alam yang berkualiti terutamanya untuk pengguna individu atau pengusaha bisnes kecil-kecilan.
“Dilengkapi dengan teknologi pemprosesan imej Samsung, Rendering Engine for Clean Pages (ReCP), pengguna boleh mengharapkan output warna yang jelas dan kualiti imej profesional untuk pelbagai keperluan perniagaan.
“Selain itu, penggunaan pencetak laser warna ini juga boleh mengurangkan kos penyelenggaraan yang mahal kerana ia dilengkapi Mod Percetakan ECO yang memenangi Anugerah Alam Sekitar BLI.
“Melalui mod ini, ia membantu pengguna perniagaan menjimatkan penggunaan toner dan kertas dengan satu langkah mudah yang terbina dalam satu sentuhan butang Mod ECO dan Pemandu Cetak Eco,” ujar Wei Jian.
Untuk bisnes kecil
Tidak ketinggalan, rangkaian baharu pencetak laser warna Samsung juga dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif yang menyediakan penyelesaian lebih mudah di tempat kerja. Melalui perkhidmatan pintar WiFi Direct dan Samsung Mobile Print Apps yang boleh didapati untuk peranti Android, iOS dan Windows, cetakan boleh dilakukan dengan satu sentuhan butang.
Penyelesaian SmarThruTM dan SyncThru Samsung turut dibina dengan variasi baharu pencetak laser warna tersebut. Ia menjadikan perkongsian fail dan data, pencarian fail, arkib serta pemprosesan menjadi lebih mudah dan selesa.
“Teknologi moden telah mengubah persekitaran kerja, trend dan cara orang berinteraksi dalam ruang kerja mereka. Kawasan pejabat kecil atau pejabat rumah (SoHO) kini semakin berkembang dan muncul sebagai salah satu pemacu ekonomi utama di Malaysia.
“Justeru, rangkaian pencetak laser warna baharu kami telah direka untuk menguruskan tugas-tugas percetakan pengguna perniagaan sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan bagi mengembangkan perniagaan,” kata Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon.
Pada majlis itu juga, wartawan Majalah PC, Mohd. Syafiq Bakri berjaya membawa pulang salah satu model pencetak Samsung kerana memenangi sesi kuiz yang diadakan.
Kesemua model pencetak laser warna itu telah berada di pasaran bermula hujung September lalu. Ia dijual pada harga serendah RM799 hingga RM2,829. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.samsung.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: