SHUNG LYNN menunjukkan menu baharu yang dipromosikan di Nando's.
|
SAINGAN dalam industri makanan segera di negara ini semakin sengit dengan pelbagai syarikat berlumba-lumba memperkenalkan konsep serta tarikan terbaharu. Mengubah suai restoran, menampilkan menu-menu terbaharu dan menawarkan harga terbaik antara langkah-langkah yang diambil syarikat berkenaan.
Nando’s Chickenland Malaysia Sdn. Bhd. (Nando’s) juga tidak ketinggalan dalam menaik taraf rangkaian restorannya di seluruh negara selain memperkenalkan menu terbaharu bagi meningkatkan kepuasan para pelanggan.
“Sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan kedudukan jenama kami di negara ini, restoran-restoran akan diberikan wajah baharu bermula di restoran Nando’s KLCC dan Kompleks Beli-belah Queensbay, Pulau Pinang. Restoran-restoran lain akan dibuat secara berperingkat-peringkat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s, Mac Shung Lynn.
Para pelanggan di kedua-dua restoran berkenaan dapat menjamu selera dalam suasana serba baharu. Kedua-dua restoran itu mengekalkan ciri-ciri asal signatur rustik Nando’s dengan penggunaan kayu padu, pinggan mesra alam, namun suasana restoran lebih indah dengan penggunaan gambar hasil seni yang menarik.
Restoran yang dinaik taraf itu memberikan pengalaman menjamu selera yang berbeza.
![]() |
|
CHICKEN WRAP mampu meningkatkan keinginan selera para pelanggan Nando's.
|
Mac menambah, seiring wajah baharu restoran, para pelanggan turut diberi pilihan menu terbaharu.
“Antara menu tersebut termasuk Chicken Wrap, Altogether Now, Wing Roulette, Chicken Breast Burger dan menu sampingan lain,” jelasnya.
Bagi penggemar ayam panggang Nando’s, pelanggan kini boleh memilih 12 pilihan menu sampingan. Variasi menu tersebut merangkumi kentang goreng Peri, nasi Mediterranean hingga hidangan baharu seperti keledek lecek.
Para pelanggan tetap juga boleh mendapatkan kad istimewa, Nando’s Card dengan bayaran RM10 untuk seumur hidup. Ia menawarkan pelbagai keistimewaan bernilai tambah kepada pelanggan tetap.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: