CIPTAAN kali ini walaupun ringkas tetapi penuh inovasi dan nilai elektisisme.
Pereka tempatan yang telah bertapak di kota London ini, menampilkan koleksi terbaru sempena musim luruh/sejuk 2012 yang ringkas, namun dilihat sebagai satu inovasi dan elektisisme yang merentasi seni dan fesyen.
Bernard menghasilkan sesuatu yang unggul dalam rekaannya yang menggabungkan seni dan fesyen dengan gaya tersendiri dari segi potongan, fabrik yang digunakan dan penambahan perhiasan pada fabrik.
Reka bentuk dan potongan yang ringkas dengan nilai estetika dalam rekaan fabrik, menonjolkan lagi hasil rekaan Bernard dengan sentuhan yang segar.
Muncul dengan rekaan garis di bahagian leher, bahu dan lengan yang halus dan garisan lengkung membangkitkan keberanian dan keyakinan kepada pemakainya.
Untuk stail yang menjadikan orang ramai mengenali jenama ini, koleksi kali ini didatangkan dengan kombinasi corak, bentuk dan perubahan dalam penghasilan rekaan fabrik.
Menghasilkan kot luar yang menarik dengan padanan fabrik dan perhiasan, menjadikan fabrik tersebut kelihatan penuh dengan nilai seni yang kreatif.
Kebanyakan fabrik koleksi ini menggunakan plastik hiasan, renda, organza, jersi, bulu dan kain yang juga sesuai untuk lelaki," kata Bernard.
Gabungan warna yang sarat dengan hitam, kelabu gelap, kelabu perak dan mainan warna seni seperti biru diraja, coklat emas dan gangsa dalam koleksi kali ini juga menyerlahkan lagi kreativiti Bernard.
Malah, koleksi kali ini turut menampilkan penambahan pada aksesori wajib seperti kalung leher, tali pinggang berbentuk hati, bibir dan bunga ros serta kolar untuk kelihatan lebih artistik.
Dalam pada itu, Bernard menambah, setiap fesyen dan gaya rekaannya mempunyai nilai tersendiri, manakala penambahan hiasan sekadar untuk menyerikan koleksi tersebut.
Saya inginkan sesuatu koleksi pakaian yang boleh memberi kelebihan kepada pemakai yang mana ini mampu berubah mengikut kesesuaian keadaan seperti daripada pakaian di tempat kerja ke majlis makan malam atau daripada pakaian formal ke pakaian santai," katanya.
Rekaan yang menggunakan garisan itu juga memperlihatkan sikap tenang yang melambangkan kekuatan dan keyakinan bagi wanita yang memakainya serta mencerminkan personaliti tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk kelihatan anggun dalam berfesyen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: