Walaupun kontraknya masih berbaki tiga bulan, Nabil dikhabarkan telah ditawarkan untuk bernaung di bawah sebuah stesen televisyen berbayar.
"Saya masih dalam dilema. Memang baru-baru ini saya ada ditawarkan untuk berkhidmat di sebuah stesen televisyen berbayar yang telah merangka beberapa program menarik buat saya.
"Namun disebabkan saya telah selesa bekerja sebagai penyampai di Suria FM membuatkan saya sekarang berada dalam dilema. Apa yang sukar, saya hanya boleh membuat satu pilihan sama ada mahu meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio Suria FM atau bersama stesen TV tersebut," katanya.
Kata Nabil, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum dirinya membuat sebarang keputusan lebih-lebih lagi mengenai masa bersama keluarga kerana tidak lama lagi, dia bakal bergelar seorang bapa.
"Sepanjang bergelar penyampai, saya ada banyak masa bersama keluarga. Tapi dalam pada masa yang sama, saya kurang menerima tawaran lakonan mahupun tawaran lain, mungkin kerana pertindihan masa penggambaran dengan jadual tugasan di konti.
"Buat masa ini, saya masih lagi memikirkannya. Bila sudah tiba masanya, saya akan membuat keputusan," ujarnya yang kini sibuk dengan pementasan Lawak Ke Der di Istana Budaya yang akan berakhir pada Rabu ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: