RASULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan
terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas
yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan
terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin
aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (riwayat Bukhari).
Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda bermaksud: Sudah dekat
suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu
ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di
situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, bahawa Rasulullah SAW
bersabda bermaksud: Segera Sungai Eufrat memperlihatkan kekayaan (gunung
emas), maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat
mengambil apa pun daripadanya.
Imam Abu Daud juga meriwayatkan hadis yang sama maksudnya.
Dalam hadis itu Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang
mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada
saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung
emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahadi sebagai nabi akhir zaman.
Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab
dikenali dengan nama al-Furat atau air paling segar. Menurur Dr. Syauqi
Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis an-Nabawi, menyatakan Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.
"Sungai itu membelah pergunungan Toros, lslu melewati Syria di kota
Jarablus, melewati Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di
al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab," ujar Dr. Syauqi.
Kata beliau lagi, panjang sungai itu mencapai 2,375 kilometer. Dua
anak sungainya iaitu, al-Balikh dan al-Khabur sudah mengering airnya.
Pada masa Nabi Muhammad meramal masa depan Sungai Eufrat melalui
sabdanya, Wilayah Sunur di daerah Mediterranean itu masih dikuasai oleh
dua kekuatan besar iaitu Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis
batas sempadan alam dari dua kerajaan tersebut.
Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata
juga mencakupi daerah Yaman hingga daerah di sekitar Laut Merah.
Sedangkan Byzantine mencakupi sebahagian Syria (bahagian utara) dan
Turki hingga ke Eropah.
Seiring perkembangan zaman, dengan kebangkitan Islam dan bersatunya
daerah-daerah di Arab, dua kekuasaan besar itu mahu tidak mahu menjadi
terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baharu dan mulai menunjukkan
taringnya pada masa khalifah Abu Bakar.
Lonjakan pun mulai terjadi. Parsi mahupun Byzantine tidak dapat lagi
menganggap mudah kekuatan negara Islam. Maharaja Parsi sempat
mengirimkan pasukan untuk menyerang Madinah. Byzantine juga menyerang
kawasan utara kekuasaan negara Islam yang mengakibatkan terbunuhnya
panglima Muslim, Zaid bin Harith.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: