Saturday, October 13, 2012

Mesin penekan putu kacang

Mesin penekan putu kacang membolehkan pengguna menghasilkan produk lebih pantas
Kuih putu kacang merupakan salah satu makanan tradisi orang Melayu yang sememangnya unik dan digemari rakyat Malaysia.
Bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan pelancong juga turut menyukainya.
Pembuatan putu kacang ini mudah dan hanya menggunakan tepung kacang hijau, tepung gandum dan gula.
Walaupun bahan yang digunakan nampak ringkas dan mudah, tetapi tidak semua orang boleh menghasilkan kuih putu kacang yang sedap.
Jika salah teknik pembuatannya, kuih akan menjadi terlalu keras, berderai dan rasa yang tidak sedap.
Penghasilannya memerlukan kemahiran dan pengalaman agar kuih yang terhasil berkualiti dan sedap dimakan.
Ramai pembuat kuih putu kacang terdiri daripada orang-orang lama yang berasal dari kampung.
Oleh itu, pada siri inovasi kali ini ditampilkan mesin penekan putu kacang. Mesin ini telah dicipta oleh Zull Design Autotronic (ZDA) khas kepada pelanggannya.
Kerja-kerja awal pembangunan mesin.
ZDA menghasilkan mesin tersebut di atas permintaan pelanggan yang meminta membuat satu mesin khas untuk kuih putu kacang.
Mesin penekan putu kacang yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan.
Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak ZDA akan cuba menepati kehendak mereka.
Walau bagaimanapun, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan bagi mengelakkan mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan bermasalah.
Tujuan mesin dihasilkan adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha industri dalam menghasilkan kuih putu kacang dengan kuantiti yang banyak.
Mesin mempunyai konsep yang sama dengan cara manual tetapi lebih memudahkan pengguna.
Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini.
Kelebihan mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan kuih putu kacang.
Tambahan pula, dengan adanya roller penekan, ia amat memudahkan pengguna dalam proses menekan kuih tersebut.
Pengguna tidak perlu lagi menekan adunan dengan menggunakan jari.
Adunan yang telah siap dimasukkan ke dalam acuan, akan diletakkan di atas roller penekan sehingga doh menjadi padat.
Hasilnya, pengeluaran produk akan menjadi lebih banyak dengan penggunaan mesin ini berbanding menekan menggunakan jari atau peralatan lain.
Mesin ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat mesin putu kacang, tetapi juga untuk menghasilkan kuih putu beras.
Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap dan ia bergantung kepada pengguna.
Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri.
Cara ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki. Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat pukul 9 pagi hingga 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-6091 4000 dan email mail@zulldesign.com.my. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: