Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, kekerapannya bercerita mengenai hubungan mereka boleh mengundang persepsi yang buruk dan tidak adil buatnya kerana lelaki itu jarang membuka mulut mengenai hal mereka selama ini.
“Kalau boleh saya sudah tidak mahu beri apa-apa kenyataan berhubung kisah saya dan Hans lagi. Sebagai gadis Melayu, saya anggap tindakan itu kurang manis dan tidak adil bagi pihak saya.
“Sejak awal-awal lagi, cuma saya yang banyak bercakap mengenai cerita (hubungan) itu sedangkan dia hanya berdiam diri. Rasa tidak seronok juga apabila saya sahaja yang buka mulut,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Aktres filem Hantu Kapcai itu berkata, hubungan mereka yang bermula sejak beberapa bulan lalu masih berjalan seperti biasa.
“Jadi saya tidak mahu mengusutkan keadaan dengan cerita remeh-temeh sebegini,” katanya.
Mengenai kerjaya, Neelofa berkata, dia mahu berehat daripada komitmen lakonan selama sebulan kerana masih kepenatan dengan pembabitan dalam drama bersiri Kau Yang Terindah sejak tiga bulan lalu.
“Saya mahu berehat daripada berlakon buat sementara waktu. Sebelum ini, saya begitu penat dengan komitmen lakonan drama bersiri Kau Yang Terindah yang memakan masa selama tiga bulan penggambaran tanpa henti.
“Secara kebetulan, penggambaran filem Pilot Cafe yang dijadualkan bermula pada pertengahan Oktober ini juga ditangguhkan ke Januari depan, jadi dapatlah saya berehat seketika,” katanya.
Terbaru, Neelofa baru sahaja memeterai perjanjian sebagai duta produk tilam King Koil untuk tempoh tiga tahun bermula Mei lalu.
Katanya, pelantikan tersebut adalah sebagai strategi jenama itu untuk menembusi pasaran di kalangan pengguna Melayu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: