Sunday, October 28, 2012
GRO Bandung layan teruna 15 tahun
SUASANA hingar-bingar di kelab malam di ibu kota Indonesia itu terasa sungguh menyesakkan. Irama muzik rock, jazz malah dangdut silih berganti.
Sekali sekala terlihat kelibat pelancong asing memasuki kelab yang terletak di tingkat tiga bangunan tiga tingkat itu sebelum hilang di celah-celah ratusan pengunjung lain.
Mereka datang untuk berhibur, melepak dan tidak kurang juga lelaki yang datang untuk mencari gadis pemuas nafsu.
Menurut seorang kenalan, kelab malam itu sememangnya terkenal di seantero Jakarta dengan tarian tiang serta khidmat gadis pelayan pelanggannya (GRO).
Kerana tidak tahan dengan bunyi bising di situ, penulis mendekati seorang pekerja kelab itu sebelum dia bersetuju untuk ditemu bual di sebuah kafe yang terletak di bangunan berhampiran.
Gadis bertubuh kecil dan berkulit putih melepak itu memperkenalkan dirinya sebagai Sri. Katanya, dia bekerja 3 dalam 1 iaitu sebagai GRO, penari tarian tiang dan pelacur dalam masa yang sama.
Memakai blaus tanpa lengan dan mendedahkan sepasang kakinya hingga hampir ke pangkal paha, Sri kelihatan mudah menggoda sesiapa sahaja apatah lagi selepas mendengar suaranya yang lembut.
Bandung
Setelah menyedut sedikit minuman jus oren yang dipesannya, dia yang berusia 19 tahun mula lancar bercerita.
"Tempat kelahiran saya di Bandung, Indonesia sukar untuk mendapat pekerjaan. Apalah kerja yang boleh dilakukan jika tidak tamat sekolah menengah seperti saya.
"Saya pernah bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan upah kurang RM10 sehari. Setahun selepas itu saya beranikan diri mencari pekerjaan di Jakarta," cerita Sri.
Pada mulanya keluarga Sri melarang tetapi mengubah fikiran selepas gadis ini berkeras.
Tetapi bak kata pepatah, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kedatangan Sri ke ibu kota negara yang terkenal dengan imej burung garuda itu tidak seindah disangka.
"Saya bekerja sebagai pembantu butik dengan gaji RM200 sebulan. Apa yang boleh dibelanjakan dengan wang sebanyak itu?
"Separuh perbelanjaan untuk bayaran sewa bilik sahaja. Selebihnya untuk makan dan minum serta dihantar kepada ibu bapa di kampung," ujarnya yang terkenangkan zaman dia memakai tudung labuh dan tidak pernah meninggalkan solat dahulu.
Detik dia terjerumus ke dalam kerja terkutuk sekarang bermula selepas Sri berjumpa rakan sekolahnya bernama Irene.
"Saya berjumpa Irene di sebuah gerai tepi jalan. Saya terkejut dengan perubahan pakaiannya yang mencolok mata.
"Dia mengatakan dia bekerja sebagai GRO. Selepas mendengar kesukaran hidup saya, dia mengajak saya bekerja bersamanya.
"Tentunya saya tidak mahu tetapi Irene kerap menghadiahkan saya pakaian mahal selain wang tunai setiap kali kami bertemu," cerita Sri.
Tidak lama selepas itu, Sri secara rasmi memegang status seorang GRO, penari tarian tiang serta pelacur.
Mula-mula gadis yang petah berbicara ini agak janggal dengan tugas baharunya itu tetapi akhirnya dia berasa selesa.
"Gelap mata dengan wang lumayan yang dijanjikan, saya melayan semua lelaki tidak mengira yang berbadan gemuk, suami orang mahupun remaja lelaki yang masih bersekolah.
"Saya pernah melayan seorang remaja 15 tahun yang mungkin anak keluarga kaya," ceritanya.
Katanya, remaja Indonesia kini menjadi antara pelanggan utama kelab malam serta pelacur di situ kerana mereka mempunyai wang.
"Minum arak sudah menjadi perkara biasa bagi mereka sehingga ada yang melanggan pelacur tiga orang sekali gus untuk satu malam," kata Sri.
Mewah
Sri memberitahu, pendapatan yang diterimanya agak mewah iaitu kira-kira RM300 untuk sekali servis. Bayaran tertinggi pernah dikutipnya setakat ini ialah RM3,000 sehari.
Jika mengikut pelanggan balik ke rumah mereka atau bermalam di hotel, tip yang diterima lebih mahal lagi.
Namun, kebiasaannya tempat Sri melayan pelanggan ialah di bilik sebuah hotel murah yang terletak berhampiran kelab malam itu.
Ceritanya, untuk perkhidmatan GRO, dia hanya bermesra dengan pelanggan selain membenarkan bahagian sulitnya diraba.
Bagi tarian tiang pula, Sri akan berpakaian separuh bogel. Dia juga sudah muak dengan janji lelaki yang ingin menjadikannya sebagai perempuan simpanan mahupun isteri mereka.
"Janji lelaki sukar dipercayai tetapi saya pernah ke Amerika Syarikat dan Jepun kerana mengikut pelanggan selama seminggu.
"Bayarannya lumayan tetapi tidak sampai menetap bersama mereka," katanya.
Begitupun Sri berkata, dia menolak daripada melayan lelaki Negro kerana mereka bersikap kasar semasa melakukan hubungan seks.
"Mereka ganas dan kadangkala sampai saya cedera," ujarnya.
Adakah ibu bapa Sri mengetahui perbuatan anak mereka itu?
"Orang tua saya ada bertanya tetapi saya mengatakan saya bekerja sebagai eksekutif jualan kereta, jadi komisen serta elaun yang diterima tinggi.
"Mereka percaya lebih-lebih lagi selepas mereka mampu membeli kereta dan rumah dengan duit yang saya berikan.
"Duit itu juga digunakan untuk membiayai persekolahan adik saya hingga ke universiti," katanya.
Adakah dia tidak pernah insaf dan bercita-cita melakukan pekerjaan halal pula selepas ini?
"Siapa yang tidak mahu melakukan pekerjaan halal. Tiga tahun saya begini dan pernah terfikir ingin bertaubat tetapi malangnya sudah tersasar jauh.
"Mungkin belum tiba masanya tetapi mengapa risau kerana kita masih boleh bertaubat apabila tua kelak. Itulah yang sering dilakukan oleh orang zaman sekarang," jelasnya.
Perbualan itu berlarutan selama hampir sejam sebelum Sri bangun meminta diri.
"Saya perlu mencari pelanggan lagi. Wang tidak jatuh dari langit jika saya duduk di sini sahaja. Lagipun saya tidak mengenali anda, mungkin anda seorang pegawai polis, pegawai cukai atau mata-mata pusat hiburan lain.
"Bayarkan sahaja wang makanan dan minuman saya ya," pintanya secara spontan.
Penulis kemudian meminta bil daripada pelayan kafe tersebut tetapi terkejut kerana jumlahnya RM150.
Rupa-rupanya kesemua jumlah itu termasuk bayaran hutang Sri dengan kafe tersebut sebelum perjumpaan kami lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: