Clearpath Marketing Sdn Bhd
Madzurah menunjukkan pendakap gigi Clearpath Aligners.
CANTIK itu menyakitkan. Begitu la ungkapan sering didengari apabila seseorang terutamanya wanita yang mendambakan kecantikan, apatah lagi apabila menggunakan pendakap gigi yang digunakan selama setahun bagi tujuan meluruskan gigi agar tampak lebih kemas dan cantik.
Kini, dengan adanya teknologi baru yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat Bumiputera tempatan, Clearpath Marketing Sdn Bhd menjadikan revolusi rawatan gigi dengan membawakan pendakap gigi lutsinar tanpa besi dan wayar, Clear Aligners.
Clearpath Marketing Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1 Ogos lalu adalah pengedar tunggal di Malaysia, Singapura dan Indonesia, bagi produk keluaran syarikat induk ClearPath Orthodontics yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
ClearPath Orthodontics Clear Aligners adalah pendakap gigi berkualiti tinggi dan telah melalui proses pembuatan yang unik kerana menawarkan jalan penyelesaian untuk meluruskan gigi menerusi teknik yang bersih, mudah dan jernih (lutsinar).
Teknologi baru tanpa menyakitkan 
Pengarah Urusannya, Mazdurah Mohd Zin berkata, Clear Aligners adalah satu-satunya teknologi sedemikian yang telah dipasarkan sejak 10 tahun lalu di pasaran Timur Tengah, Afrika, Rusia, Eropah dan kini bakal memasuki pasaran Asia Tenggara melalui syarikatnya.
“Dengan pelancaran produk ini di pasaran tempatan dan Asia Tenggara akan membuka laluan lebih luas untuk mempromosikan sekali gus memperkenalkan rawatan  gigi ini secara menyeluruh kepada semua pengguna.
“Kami membawakan produk yang berkualiti, senang digunakan, bersih dan mudah di pakai menjadikan penyelesaian dalam membetulkan gigi bermasalah tanpa wayar dan besi yang menyakitkan,” katanya, ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, teknologi Aligners ClearPath 3D memberikan manfaat keselesaan, estetika dan kebersihan kepada pengguna dengan pembabitan doktor bertauliah dalam tempoh rawatan di antara enam hingga 18 bulan menggunakan 12 hingga 30 aligners. 
Katanya, Clear Aligners menawarkan pilihan terbaik kepada pengguna untuk menikmati kebebasan makan dan menggosok tanpa menggunakan flos gigi tanpa sekatan daripada pendakap logam.
Promosi secara agresif
Madzurah berkata, ClearPath akan bergerak secara aktif bagi tujuan promosi dan penerangan produk kepada seluruh masyarakat tempatan dan luar negara dengan menyasarkan kira-kira 4,700 doktor gigi sedia ada dari ketiga-tiga negara untuk menggunakan teknologi itu.
“Setakat ini, lebih 150 pakar perubatan pergigian tempatan dan lebih 100 pakar gigi dari Singapura telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami.
“Sejak pelancaran di Singapura, kami menerima sambutan yang menggalakkan dalam tempoh dua minggu kemudian,” katanya.
Menurutnya, dengan sambutan yang positif itu, Clearpath yakin untuk mencapai sasaran pendapatan RM8 juta dalam tempoh setahun menerusi pasaran tempatan, Singapura dan Indonesia.
Katanya, syarikatnya turut merancang untuk bekerjasama dengan klinik kerajaan dan Kementerian Kesihatan bagi membantu menawarkan produk kepada pelajar dan masyarakat yang tidak berkemampuan mendapatkan produk keluarannya.
Clearpath Marketing Sdn Bhd turut menyasarkan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan menjelang suku kedua tahun depan.
Bakal ke Filipina dan Thailand
Bagi mengembangkan syarikat dan memperluaskan pasaran ke segenap rantau Asia Tenggara, Mazdurah berkata, syarikatnya bakal memasuki pasaran Indonesia pada Disember ini diikuti Filipina dan Thailand.
“Walaupun belum memasuki pasaran negara itu, kami telah menerima permintaan yang tinggi dan positif daripada kedua-dua negara itu untuk membawakan produk ke sana.
“Setakat ini, kira-kira 50 doktor pergigian dari Filipina bertauliah telah menawarkan diri untuk mengikuti latihan yang dianjurkan,” katanya.
Clear Aligner ditawarkan harga purata sekitar RM7,000 dan ke atas bergantung kepada situasi dan keadaan gigi pesakit.
Clearpath Marketing Sdn Bhd turut memberikan tawaran harga hebat kepada 100 pengguna pertama yang mendaftar sehingga 50 peratus.