
ARTIS: Green Day
Edaran: Warner Music Malaysia
SATU projek pemasaran yang agak unik buat kumpulan Green Day kali ini yang seolah-olah mahu 'lepas geram' mengeluarkan produk baru mereka sebanyak tiga album sejak penerbitan album kelapan pada tahun 2012 iaitu 21st Century Breakdown.

Ternyata kumpulan yang terdiri daripada Billie Joe Armstrong, Mike Dirnt, dan Tre Cool ini tidak kedekut karya untuk diberikan kepada peminat-peminat setia yang menyokong mereka sejak di awal kemunculan mereka di arena muzik pada tahun 1990.
Walaupun tidak banyak perbezaan yang boleh diubah dalam muzik punk rock, Green Day masih lagi memiliki 'senjata' membuat susunan lagu mereka menjadi lebih menarik.
Antara lagu-lagu yang terdapat dalam ¡Uno! ialah Nuclear Family, Stay The Night, Carpe Diem, Let Yoursel Go dan Fell For You.

Manakala ¡Tré! menampilkan sebanyak 13 buah lagu yang antaranya seperti Brutal Love, Missing You, Drama Queen, X-Kid dan Amanda.
Bukan itu sahaja, bersempena dengan keluaran ¡Uno!, ¡Dos! dan ¡Tré!, dua buah dokumentari khas kumpulan Amerika itu turut diterbitkan, menceritakan mengenai proses pembikinan trilogi album berkenaan.
Dua judul dokumentari tersebut ialah GreenDay ‘Bullet in a Bible’ dan Under Great White Northern Lights.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: