AdeleMenurut laporan Digital Spy, Adele dan kekasihnya, Simon Konecki merancang untuk membesarkan anak mereka di sebuah bandar kecil di England, Hove.
"Pasangan itu mahu hidup sederhana dan jauh daripada hiruk pikuk kota London. Mereka tidak mahu tempias populariti Adele terkena pada anak mereka nanti.
"Sehingga kini pasangan itu sedang membuat pengubahsuaian pada rumah tersebut dan akan tinggal di situ sejurus kelahiran anak mereka," kata sumber.
Sejak berita kehamilan bayi sulung Adele, penyanyi itu seolah-olah mahu menyembunyikan diri daripada dunia hiburan dan memilih untuk fokus terhadap keluarganya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: