Thursday, March 22, 2012

Terengganu terus unggul


Gelagat pelajar yang gembira meraikan kejayaan mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2011 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu, semalam.- UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor


KUALA TERENGGANU 21 Mac - Terengganu meneruskan kecemerlangannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini dengan mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) kepada 4.92 berbanding 5.03 tahun 2010 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) 5.04.

Pencapaian itu turut menyaksikan rekod pencapaian terbaik dalam tempoh empat tahun seperti pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011.

Prestasi keseluruhan calon menunjukkan peningkatan di segi GPN selain pencapaian keputusan Gred Cemerlang iaitu A+, A dan A- serta minimum C berbanding pencapaian tahun 2010.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: