Wednesday, March 28, 2012

Kim Kardashian mahu beli ‘Istana Beckingham’

ISTANA Beckingham kepunyaan pasangan Beckham.
ISTANA Beckingham kepunyaan pasangan Beckham.
KIM Kardashian.
KIM Kardashian.

LONDON: Kim Kardashian mahu membeli Istana Beckingham. Bintang realiti yang berusia 31 tahun itu dikatakan merancang melihat rumah kepunyaan David dan Victoria Beckham yang bernilai lebih 18 juta pound (RM88 juta) itu.

Pasangan Beckham yang berpindah ke Los Angeles supaya David boleh bermain untuk LA Galaxy kira-kira lima tahun lalu, mahu menjual rumah yang mempunyai tanah seluas 17 ekar untuk memutuskan hubungan dengan Britain.

Dan Kim pula dikatakan mahu membeli hartanah itu, yang lengkap dengan sebuah landasan helikopter, zoo kecil, kolam renang dan studio rakaman, sebagai ‘pangkalan’ Eropah untuk keluarganya termasuk adik-adiknya Khloe dan Kourtney serta ibunya Kris Jenner.

Sumber berkata, apabila keluarganya tiada di situ, Kim berharap dapat menyewakan rumah agam itu untuk peminat Beckham.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: