Thursday, March 22, 2012

Koleksi mewah Famme Fatale


PelbagaI beg tangan kulit berjenama boleh didapati Butik Femme Fatale.


MEMILIKI beg tangan jenama mewah dan rekaan eksklusif menjadi keinginan setiap wanita, terutama mereka yang bekerjaya dan berkemampuan.

Rata-rata koleksi beg tangan seperti ini terutama edisi terhad hanya boleh dibeli di butik-butik berjenama. Kini, koleksi beg tangan mewah boleh dapati di Butik Femme Fatale yang terletak di Sunway Pyramid.

Butik Femme Fatale telah membuka butik pertamanya di Mont Kiara pada tahun 2008, butik kedua di The Weld pada 2010 dan kini di Sunway Pyramid pada tahun 2011.

Menurut Pengarah Butik Femme Fatale, Lim Nik Cheng, beg tangan daripada kulit adalah antara pilihan elegan yang sering mencuri tumpuan, dan butiknya merupakan satu-satunya butik yang menawarkan pelbagai beg tangan jenama mewah dan menawarkan koleksi edisi terhad.

"Dengan koleksi unik beg tangan kulit berjenama antarabangsa dan aksesori ini yang diciptakan khusus untuk pasaran Eropah, kini, wanita di Malaysia juga boleh mendapatkan sentuhan Eropah tanpa perlu meninggalkan negara untuk membeli-belah," ujarnya.

Menerusi konsep di bawah satu bumbung, butik itu memberi keselesaan kepada pelanggan tanpa perlu singgah dari satu butik ke satu butik di pusat beli-belah yang sering kali menjadi tumpuan ramai.

"Beberapa jenama mewah seperti Chanel, Louis Vuitton, Prada, Gucci, Miu Miu, Burberry, Bottega Veneta, Dior dan pelbagai jenama lain disediakan di bawah satu bumbung secara eksklusif," katanya.

Memilih produk luar dan berjenama sedemikian untuk dipasarkan di Malaysia adalah jenama yang sudah diketahui umum dan popular di dunia.

Malah, koleksi yang ditampilkan menepati cita rasa fesyen moden dan kebanyakan wanita tempatan sangat sukakan jenama seperti itu.

Semua barangan yang dibawa ke Butik Femme Fatale adalah tulen dan sahih dan juga lengkap dengan kad penjagaan asal dan waranti kad serta pembungkusan yang teliti seperti jika seseorang itu membeli barangan dari Offical Brand Boutiques.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: