Bank Rakyat bersama 132 ahli Kelab Nuri meraikan ulang tahun ke lima kelab itu bersempena penyerahan penajaan pembinaan taman permainan kanak-kanak di Taman Tasik Taiping, Perak.
Penyerahan tajaan RM150,000 itu, disempurnakan oleh Pengurus Kanan Besar Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Yusof Abdul Rahman, kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Shahrom Abd Malik.
Penajaan itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan pemilihan taman itu sebagai menghargainya sebagai lokasi pelancongan tertua di Malaysia.
Yusof berkata, kini terdapat 620,459 ahli dan pemegang Akaun Simpanan-i Nuri dengan jumlah RM259 juta.
Menurutnya, kelab itu ditubuhkan dengan tujuan menyediakan wadah bagi pemegang Akaun Simpanan-i Nuri berinteraksi dan menggalakkan aktiviti simpanan wang selain inisiatif Bank Rakyat dalam menyokong usaha kerajaan dan Bank Negara Malaysia.
Wednesday, March 28, 2012
Taja RM150,000 bina taman permainan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: