Thursday, March 29, 2012

Khidmat perkahwinan sehenti Mak Dara


Ibu Halimah Shuib bersama anaknya, Syed Mohammad Gadaffi Syed Ali bersama rekaan baju pengantin yang menarik.


HALIMAH Shuib adalah nama besar yang cukup terkenal di kalangan pengamal jamu. Penglibatannya dalam perniagaan berasaskan jamu bermula sejak 2004. Malah beliau sendiri telah mengamalkan pengambilan jamu sejak zaman remaja lagi.

Begitupun, hari ini perniagaan Jamu Mak Dara yang diusahakan Halimah atau lebih mesra disapa ibu Halimah itu telah berkembang maju bukan sahaja di dalam malah juga di luar negara.

Hari ini, berbekalkan pengalaman dan ilmu perniagaan yang sedia ada, ibu Halimah telah melangkah setapak lagi untuk memperluaskan empayar perniagaannya.

Memilih bidang yang berbeza dan menggabungkan kemahiran ahli keluarga dan juga rakan-rakan, akhirnya ibu Halimah membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat sehenti perkahwinan yang menggabungkan ketiga-tiga syarikat produk perkahwinannya iaitu Almass Catering, Habshah Couture Resource dan Szemi Artistik Gallery.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: