Thursday, March 22, 2012

Pemergian ayah cetus semangat Nik Nur Fatihah catat 11A+


Nik Nur Fatihah Nik Zulkefli didakap ibunya Wan Ruhaya Abdul Ghani selepas menerima keputusan cemerlang di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 21 Mac - Ketika Nik Nur Fatihah Nik Zulkifli, 18, sedang fokus untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan berita pemergian ayahnya akibat serangan jantung.

Kejadian itu sangat memilukan perasaan gadis ini, tambahan pula ia berlaku ketika SPM 2011 hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk ditempuhinya.

Namun, dengan bertemankan al-Quran sebagai penenang diri, selain ibu dan adik beradiknya yang lain, Nik Nur Fatihah yang berasal dari Wakaf Bharu di sini berjaya menghadapi segala cabaran itu dan hasilnya, dia mencatat keputusan cemerlang 11 A+ dalam peperiksaan tersebut.

Dia merupakan seorang daripada enam pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat dengan mendapat A+ bagi semua mata pelajaran diambil, sekali gus menjadi antara pelajar terbaik seluruh Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: