Tidak dinafikan, susuk badan langsing adalah idaman setiap wanita. Begitu juga dengan bintang terkenal, Kang Min Kyung, yang sangat teliti menjaga penampilannya untuk kekal menawan.
Tidak terlalu mengikut selera makan, Kang terpaksa menahan nafsu dari makan makanan kegemarannya untuk berjaya menurunkan berat badan sehingga saiz S.
Menurut Kang, dia hanya makan roti sahaja dan kadang kala dia mengambil sedikit hidangan kentang untuk menambah karbohidrat dalam makanannya.
“Saya memang suka makan roti. Kadang-kadang, saya turut mengambil sedikit coklat. Bukan bergantung pada roti sahaja, saya makan kentang, beras hitam bersama susu, kacang soya dan gula-gula masam.
“Bukan hanya menjaga dari segi pemakanan, malah saya mengunjungi pusat latihan untuk menjaga kesihatan badan,” katanya yang pernah muncul dalam rancangan, Star Secret, baru-baru ini.
Thursday, March 29, 2012
Diet untuk cantik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: