SEMPURNA...Susan menunjukkan bedak asas semburan untuk kesan lebih sempurna.
SELAIN menggunakan berus atau jari untuk mengaplikasikan solekan, kini terdapat teknologi terkini menggunakan semburan udara atau airbrush yang memberikan kesan berbeza. Tidak seperti solekan biasa, teknik airbrush menggunakan sejenis alat atau kompresor yang disembur pada wajah.
Menerusi kaedah ini setiap kosmetik seperti bedak asas, pemerah pipi, pembayang mata dan gincu disapu menggunakan semburan, menjadikan solekan lebih kemas dan tahan lama.
Teknik solekan ini cukup popular dan banyak digunakan untuk majlis perkahwinan selain perfileman, iklan komersial televisyen, teater atau pertunjukan fesyen. Teknik solekan ini banyak dipraktikkan di luar negara dan kini semakin digemari kebanyakan jurusolek profesional Malaysia.
Menurut jurulatih kecantikan Revlon, Susan Vargas, teknik solekan semburan udara mempunyai banyak kebaikan iaitu memberikan liputan meluas selain menutup ketidaksempurnaan pada wajah seperti kemerahan, kesan penuaan atau parut jerawat. Ia adalah solekan berdefinisi tinggi atau HD yang memberikan sapuan sekata pada keseluruhan wajah.Solekan definisi tinggi hampir popular seperti menggunakan alat solek mineral, ia mengandungi reflektor ringan dan bahan yang memberikan kulit sempurna selepas disolek terutama ketika penggambaran.
“Solekan definisi tinggi boleh membuat kulit bukan saja kelihatan sempurna, tetapi lebih muda.
“Bahan digunakan begitu halus membuatkan solekan sekata tanpa meninggalkan sebarang garisan yang mungkin boleh didapati sekiranya menggunakan berus atau span. “Malah kebersihannya begitu terjamin kerana penggunaan alat solek tanpa menyentuh bahagian kulit atau berkongsi dengan orang lain,” katanya.
Tambahnya, selain teknik solekan, penggunaan alat solek berdefinisi tinggi terutama bedak asas mampu memberikan sapuan sekata dan tahan lebih lama.
Menyedari keinginan pengguna kepada solekan lebih mudah, pantas serta meninggalkan kesan yang sama ketika di hadapan lensa kamera, Revlon kini memperkenalkan bedak asas Revlon Photoready Airbrush yang memberi perlindungan rapi sehingga 15 jam.
“Wanita sering merungut dengan wajah yang cenderung berminyak dan berkilat apabila di bawah sinaran matahari atau ketika mengambil gambar. Namun menerusi bedak asas Revlon Photoready Airbrush dengan revolusi terkini, ia menjadikan tekstur lebih halus jauh meresap ke dalam kulit serta menjadi alat kawalan minyak yang berkesan,” katanya.
Menurut Susan, bedak asas berkenaan menjadi produk terunggul Revlon yang dilengkapi teknologi pigmen foto kromatik yang mampu menyatukan ton kulit yang membiaskan cahaya sehingga mengurangkan ketidaksempurnaan wajah.
Produk ini menjadikan kulit halus, lembut tanpa serlahan pori-pori dalam sebarang pencahayaan sama ada di dalam bangunan atau di bawah cahaya matahari.
“Formula dan warna, diuji secara profesional sama ada di bawah cahaya matahari dan lensa kamera menjadikan ton kulit lebih sekata,” katanya.
Bedak asas ini sesuai dipakai untuk semua jenis kulit serta mudah disapukan pada wajah. Pembungkusan yang menarik menerusi teknik goncang dan tekan menggunakan hujung jari pada belakang tapak tangan bagi meleraikan jumlah formula bahan yang terkandung di dalamnya.
“Keistimewaan dengan bedak asas Photoready Airbrush ini, pengguna tidak perlu memakai bedak kompak atau bedak debu, kerana kandungan bahan sama seperti alat solek berdefinisi tinggi yang kesannya begitu menyeluruh dan sempurna. Cuma sapu rata pada keseluruhan wajah selepas memakai pelembap dan lihat hasilnya,” jelasnya.
Bagi wanita yang sudah terbiasa dengan tiga langkah utama seperti bedak asas, bedak kompak atau bedak debu, penggunaan bedak asas semburan ini mampu memberikan hasil semula jadi yang tidak dapat diperoleh menerusi kaedah solekan tradisional yang lain.
Revlon PhotoReady Airbrush hadir dalam empat warna solekan yang sesuai untuk kulit orang Asia iaitu nude, medium beige, golden beige dan caramel pada harga RM69.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: