Wednesday, March 28, 2012

Kristen Stewart Berlakon Filem Arahan Ibu Sendiri

Kristen Stewart

LONDON: Bintang Twilight, Kristen Stewart bakal membuat penampilan khas dalam filem pertama arahan ibu kandungnya, Jules Mann-Stewart berjudul K-11.

Pelakon berusia 21 tahun itu akan meminjamkan suaranya untuk watak seorang setiausaha bernama Karen.

“Kristen sangat menyokong pelaksanaan projek K-11 tetapi bukan mudah untuk mendapatkan khidmatnya. Dalam filem ini, dia hanya muncul untuk watak yang sangat kecil.

“Walaupun penggambarannya sudah berakhir, Kristen tetap mahu terlibat dalam promosi filem ini,” kata Jules yang dipetik sebagai berkata kepada E! News.

Bagaimanapun, laman web femalefirst.co.uk. melaporkan, bukan sahaja Stewart terlibat dalam filem arahan ibunya itu, malah abangnya Cameron juga membintangi filem berkenaan.

Cameron yang pertama kali berlakon menjayakan watak seorang banduan bernama Sledgehammer.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: