Thursday, March 29, 2012

Dilema bawa anak berniaga lewat malam


Ada peniaga yang membawa anak mereka yang masih bayi untuk berniaga di pasar malam Uptown sedangkan sepatutnya pada waktu itu anak-anak harus tidur di rumah dengan selesa.


KOS sara hidup di bandar raya seperti Kuala Lumpur yang semakin tinggi menyebabkan sebahagian daripada penduduknya terpaksa melakukan kerja sampingan bagi menampung keperluan diri dan keluarga.

Ada yang bekerja di pejabat pada siang hari, manakala pada sebelah malam pula melakukan pelbagai pekerjaan tambahan.

Ada yang berniaga secara kecil-kecilan seperti di pasar malam Uptown dan sebagainya.

Ada juga yang menjadikan berniaga di pasar malam Uptown sebagai pekerjaan tetap dan sepenuh masa.

Sudah tentu waktu operasi bazar-bazar di Uptown ialah pada waktu malam dan ada yang hingga ke dinihari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: