PERKEMBANGAN mental dan fizikal kanak-kanak adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kedua ibu bapa sejak dari peringkat bayi lagi.
Bukan sahaja makan dan minum yang perlu dijaga, malah masa tidur mereka juga penting bagi memastikan tumbesaran mental serta fizikal anak tidak terjejas.
Sebab itu dikhuatiri, tindakan sebahagian ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka ketika berniaga hingga lewat malam boleh membantutkan perkembangan dan proses tumbesaran kanak-kanak tersebut.
Pakar Psikologi Jabatan Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, kanak-kanak sejak dari peringkat bayi memerlukan tempat dan persekitaran yang baik ketika membesar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: