CORAKAN atau istilah Inggerisnya pattern adalah salah satu teknik asas popular dalam fotografi. Malahan ia antara medium terpenting dalam pembentukan imej seimbang.
Kekuatan imej bergantung pada rona turutan corak gambaran yang terhasil daripada kepekaan perakam.
Walaupun penurutan imej tidak hanya bergantung pada corak-corak keras tetapi elemen ritma turutan tidak harus diketepikan. Lazimnya teknik corakan jarang diaplikasikan dalam fotografi kerana ada kalanya ia nampak membosankan.
Elemen corakan dalam teknik ini harus diguna pakai secara berhati-hati agar dapat menimbulkan kekuatan sesuatu karya yang dihasilkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: