Monday, March 26, 2012

Lotus teman setia Chermaine


Chermaine bergaya bersama kereta mewah beliau dalam temuramah dan sesi fotografi bersama selebriti, di Bukit Bintang.


JADUAL kerjanya memang padat namun Chermaine Poo, 32, tetap meluangkan masa untuk sesi fotografi bersama Mingguan Malaysia.

Kedatangan penulis bersama jurugambar disambut mesra di lokasi fotografi yang terletak di Bukit Bintang.

“Maaf kerana terpaksa menunda jadual fotografi, penggambaran saya pagi tadi habis lewat,” tuturnya dengan senyuman.

Berbeza dengan personaliti yang lepas, Chermaine memilih Butik Salon Albert Nico yang sudah dianggap rumah keduanya sebagai lokasi fotografi.

“Secara jujurnya saya tidak mempunyai masa pada hujung minggu. Jadual saya dipenuhi tuntutan kerja. Jika ada masa, saya akan menguruskan diri seperti rawatan rambut di sini,” ujarnya.

Menurut Chermaine, penampilan sangat penting. Justeru, dia akan ke salon sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk rawatan rambut.

Bagi memastikan badan bertenaga dan mempunyai stamina yang kuat, dia juga mengamalkan petua minum banyak air.

"Tidur juga aspek yang penting untuk kelihatan cantik dan sihat. Walaupun masa tidur saya sangat terhad, saya akan pastikan tidur saya berkualiti," katanya yang menggunakan telefon pintar sebagai medium berinteraksi dengan peminat dan menyiapkan urusan kerja.

Jika wanita lain gemar menghabiskan masa di pusat beli-belah pada hujung minggu, Chermaine pula gemar menghabiskannya bersama kereta kesayangannya, Lotus Europa.

“Saya memang sukakan kereta lebih-lebih lagi kereta lasak yang boleh menyamai kereta lumba. Kereta umpama teman yang paling dekat dengan saya,” ujar pengacara bebas ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: