Kemunculan kumpulan boyband baru dari Indonesia menamakan diri mereka Smash, pasti dapat menarik perhatian anak-anak muda.
Bersandarkan paras menarik, kumpulan ini dilihat seakan menyamai kumpulan K-pop yang turut menjadikan wajah sebagai tarikan.
Bagaimanapun, kumpulan dianggotai tujuh anak muda ini, menafikan konsep muzik dibawa mereka menyerupai K-pop. Sebaliknya, mereka lebih gemar dikatakan membawa konsep muzik pop dance yang turut memerlukan mereka mengadakan persembahan menyanyi sambil menari.
Seorang anggota kumpulan ini, Bisma berkata, konsep ditampilkan berbeza dari segi muzik berbanding muzik K-pop.
Tambahan pula, kumpulan ini turut menggunakan muzik akustik dalam merakamkan lagu mereka.
“Kami jelas membawa muzik berbeza dengan K-pop kerana sesetengah lagu yang kami rakamkan menggunakan muzik akustik.
“Mungkin orang luar yang belum mengenali kami akan mengatakan kami seperti kumpulan K-pop, namun ia nyata serupa. Yang sama cuma kami menyanyi sambil menari,” katanya di Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini.
Kunjungan kumpulan dianggotai Rafael, Reza, Dicky, Ilham, Rangga dan Morgan ini ke Malaysia adalah bagi mempromosikan album sulung yang dilancarkan tahun lalu.
Sejak ditubuhkan April 2010, kumpulan anak muda berusia 16 hingga 25 tahun ini, berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia dan tercalon bagi kategori Aksi Panggung Terdahsyat untuk Anugerah Dahsyatnya 2011.
Di samping itu, kerja keras mereka membuahkan hasil, apabila menerima anugerah 1 Million Award 2011 atas jualan album mencecah 1 juta unit dalam tempoh enam bulan, tahun lalu.
Biarpun pasaran jualan album di Indonesia agak lembap, namun kumpulan yang terkenal dengan lagu I Heart You ini berjaya membuktikan kehadiran mereka dalam bidang seni bukan sekadar main-main.
Kumpulan Smash bakal mengadakan showcase sulung mereka di negara ini yang bertempat di Ruang Legar Plaza Sungei Wang jam 3 petang hari ini, bagi menghiburkan peminat muzik pop dance tanah air.
we <3 SMASH
ReplyDeletenak jumpa Morgan and Rangga :(
dicky comel :D