|
SEDIKIT masa dahulu, penyanyi dan pelakon yang juga bekas anggota kumpulan Elite, Azzarima Zawari atau Azza kurang yakin dengan produk tempatan berbanding keluaran antarabangsa.
Namun, persepsi itu berubah sama sekali apabila dia mencuba produk yang dikenali sebagai Sabun Sulit keluaran syarikat DK Kosmetik.
“Sangkaan saya bahawa produk tempatan tidak mempunyai kelebihan meleset sama sekali apabila pertama kali saya menggunakan Sabun Sulit.
“Hanya dengan seketul sabun, ia telah banyak mengubah rejim kecantikan saya. Sejak menggunakan Sabun Sulit ini, saya percaya bahawa wanita tidak perlu menjalani pembedahan plastik atau aplikasi suntikan untuk kelihatan cantik dan menarik,” kata Azza yang merupakan jurucakap jenama itu.
Sabun Sulit yang dijual pada harga RM49.90 sebuku dikatakan bukan sahaja membantu menjamin kecantikan paras rupa malah sesuai untuk membantu wanita yang mengalami masalah warna kulit tidak sekata di bahagian ketiak dan celah paha.
Menjelaskan kelebihan Sabun Sulit, kata Azza, sabun itu diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu pati minyak kelapa dara.
“Pati ini akan bertindak sebagai antioksida, melindungi kulit daripada kesan sinaran ultra violet, membantu meningkatkan sel kulit, melembap dan menghaluskan kulit serta berupaya mengurangkan kesan penuaan dan kedutan,” ujarnya sambil menambah produk itu mula diperkenalkan oleh rakannya pada pertengahan tahun lalu.
Antara kelebihan Sabun Sulit ialah penggunaannya tidak hanya tertumpu kepada kulit wajah tetapi boleh digunakan di seluruh anggota badan.
Pelakon yang pernah membintangi filem Jutawan Fakir, Kuliah Cinta dan Mami Jarum itu menambah, cara pemakaian Sabun Sulit juga ringkas, berkesan, selamat dan tidak memerlukan masa yang panjang.
“Atas faktor-faktor itulah, saya turut terlibat secara langsung dalam perniagaan ini bermula pada akhir tahun lalu,” katanya.
Justeru, Azza menjemput seluruh peminatnya untuk menjadi pengedar Sabun Sulit di seluruh negara.
Kepada mereka yang berminat, anda boleh menghubungi Ha di talian 012-354 1607, Sabariah di Pahang (012-937 9254) atau Aliza di Kedah (013-360 2412).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: