Monday, March 26, 2012

Ranggi dan ceria untuk remaja


Firus dan merah jambu antara warna ceria pilihan remaja.


SEBUT sahaja tentang fesyen, remaja paling tepat untuk dijadikan contoh berbanding golongan yang telah berusia.

Realitinya industri fesyen sememangnya milik remaja, tidak kira lelaki atau perempuan.

Fenomena fesyen K-pop, Hollywood, retro dan moden, semuanya menjadi taruhan fesyen remaja.

Hakikatnya perkembangan ini mempengaruhi penampilan golongan tersebut untuk tampil lebih bergaya.

Sentuhan dari hujung rambut ke hujung kaki nyata membuka ruang buat mereka yang ingin mencuba segala yang baru.

Remaja menjadi teruja mencuba pelbagai fesyen seluar, blaus, kemeja-T, skirt panjang dan denim yang melimpah ruah di pasaran.

Ini belum dicampur dengan pelbagai aksesori seperti beg tangan, dompet, kasut, tali pinggang, anting-anting, gelang tangan, rantai dan kelip rambut

Biar tiada wang tapi mesti bergaya - mungkin itulah slogan remaja yang gemar berfesyen.

KeinginanKoleksi muda daripada Alfio Raldo misalnya, memenuhi keinginan remaja.

Ia tampil dengan warna-warna ceria seperti merah, merah jambu, oren, firus dan hijau.

Setiap koleksi beg, dompet dan kasut merupakan rekaan eksklusif tanpa ada duanya..

Bagi koleksi beg, ia didatangkan dengan tali panjang dan pendek untuk kesesuaian gaya tersendiri.

Sementara itu, dompet dan beg kecil dihasilkan daripada pelbagai warna dan reka bentuk.

Koleksi kasut pula mempunyai gaya potongan yang elegan dan menawan dengan rekaan kasual, tumit tinggi, sniker, wedges, selipar dan banyak lagi.

Ia menjanjikan sesuatu yang segar, ranggi dan bertenaga buat remaja yang gilakan fesyen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: