BERA 25 Mac - Kira-kira 150 murid tahun enam daripada beberapa sekolah di Parlimen Bera menyertai Klinik Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bersama Utusan Malaysia yang berlangsung di sini hari ini.
Program tersebut yang mendedahkan kepada murid mengenai formula matematik yang mudah dan menyeronokkan itu dianjurkan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Bera dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia.
Kilinik selama sehari itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: