Panasonic Malaysia Sdn Bhd optimis meningkatkan penguasaan pasaran bagi segmen kamkoder yang baru diperkenalkan kepada 24 peratus berbanding 19 peratus sebelum ini menjelang hujung tahun ini.
Pengarah Urusannya, Jeff Lee berkata, sasaran itu akan didorong oleh pengenalan siri baru sembilan kamkoder model terbaru yang ditumpukan kepada kualiti berdefinisi tinggi, berbanding model sebelumnya.
“Model terbaru ini telah ditambah baik dari segi lensa dan peranti sensor yang membantu mengurangkan sehingga 40 peratus bunyi bising berbanding model terdahulu,” katanya selepas pelancaran rangkaian model baru kamera digital Lumix dan kamkoder, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, Panasonic turut menyasarkan 60,000 unit bagi 14 model rangkaian kamera digital Lumix yang baru diperkenalkan tahun ini, sekali gus menjangkakan peningkatan jualan kepada 70,000 unit tahun hadapan.
Katanya lagi, 14 model kamera digital itu meliputi enam kategori yang direka khusus kepada golongan wanita.
“Dengan siri terbaru yang nipis, kompak, ringan, zum tinggi dan didatangkan bersama sentuhan kecantikan pada imej sememangnya amat sesuai kepada golongan wanita moden.
“Selain itu, model ini juga didatangkan dengan ciri kalis debu dan kalis air yang direka serta disasarkan kepada wanita aktif,” katanya.
Beliau berkata, Panasonic turut menjangkakan segmen kamera digital dan kamkorder akan menyumbang lima peratus kepada perolehan syarikat.
Monday, March 19, 2012
Produk khusus buat wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: