Ixora Corporation Sdn Bhd menerusi jenamanya Alfio Raldo, optimis capai sasaran jualan 20 peratus menjelang hujung tahun ini, serentak dengan pelancaran koleksi Alfio Raldo Young Collection yang baru diperkenalkan.
Pengarah Urusannya, Jordan Ling berkata, permintaan menggalakkan daripada penggemar jenama ini, telah memberi inspirasi dalam menghasilkan koleksi kepada golongan muda.
“Jenama ini menjadi pilihan wanita sejak dulu lagi. Namun, kata mereka koleksi Alfio Raldo Klasik tidak begitu sesuai dengan cita rasa anak muda masa kini. Kami mengambil inisiatif menghasilkan sesuatu lebih berwarna-warni sesuai untuk mereka berumur 15 hingga 30 tahun. Dengan rekaan terkini dan harga berpatutan, di harap koleksi ini mendapat sambutan,” katanya di Kuala Lumpur.
Sementara itu, bagi mengukuhkan pasaran sedia ada, Alfio Raldo membuat konsep jualan secara runcit.
Menurutnya, dengan menjalankan perniagaan secara runcit, ia lebih memudahkan pelanggan membuat pembelian tanpa perlu menunggu sehingga tempahan tiba.
“Alfio Raldo mempunyai 20 butik jualan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan buat masa ini kami telah menukar 12 butik sedia ada kepada konsep kedai runcit. Bagi memudahkan lagi urusan jual beli, kami telah menyediakan stok produk secukupnya,” katanya.
Monday, March 19, 2012
Sasar peningkatan jualan 20 peratus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: