Saturday, March 24, 2012

Nikmati stimbot sepuas hati di M&E Seafood


EDDY Irma Ahmad (kiri) bersama seorang kakitangan menyediakan hidangan stimbot yang dipesan pelanggan di Restoran M&E Seafood di Permatang Pauh, Pulau Pinang, baru baru ini.


HIDANGAN stimbot sering mendapat tempat di hati penggemar makanan laut, malahan semakin banyak restoran menawarkan hidangan tersebut.

Salah satu daripadanya adalah Restoran M&E Seafood, terletak di Jalan Permatang Pasir dekat Permatang Pauh, Pulau Pinang yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Oktober tahun lalu.

Menariknya di M&E Seafood, pelanggan bukan sahaja disajikan dengan stimbot yang dimasak menggunakan dapur gas, malah boleh direbus atau dibakar menggunakan dapur arang.

Lebih menarik, dengan hanya RM10, pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan seperti bebola ketam, bebola ikan, kek ikan, sayur-sayuran, daging, ayam dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: