
RESORT ini menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang mencari ketenangan alam semula jadi.
BOSAN dan penat melayari kehidupan yang sesak dengan kenderaan di tengah-tengah 'hutan batu' di kota metropolitan pasti akan membuatkan seseorang mahu mencari ketenangan di luar kawasan kota raya.
Justeru, pencarian kawasan percutian yang tenang seperti hutan rimba yang dipenuhi dengan flora dan fauna akan mula dilakukan.
Antara lokasi percutian yang mampu memenuhi keperluan percutian anda adalah Eagle Park Resort yang terletak di Jalan Sungai Batu Pahat, Perlis. Ia merupakan sebuah lokasi percutian yang lengkap dengan ciri-ciri yang diimpikan oleh setiap pengunjung.
Terletak di kawasan seluas kira-kira 10 hektar, Eagle Park Resort muncul sebagai satu-satunya resort rimba terbesar di utara Semenanjung sejak tiga tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: