Saturday, March 24, 2012

Muay Thai hangatkan suasana malam




JIKA diketepikan kemeriahan di pusat-pusat hiburan di bandar raya ini, suasana malam di Kuching boleh dikategorikan agak suram dan membosankan.

Namun bagi peminat aktiviti lasak, istilah malam yang suram di bandar raya itu semakin tidak relevan selepas beroperasinya SS Fighters Muay Thai Gym (SS Fighters) di Jalan Semarak, bermula 1 Disember lalu.

Walaupun Muay Thai merupakan cabang seni mempertahankan diri yang amat asing di Borneo berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung, namun masyarakat setempat kini menunjukkan minat yang tinggi.

Menurut pemilik SS Fighters, Sulaiman Salleh, dalam tempoh dua bulan pertama operasinya, sudah terdapat 110 ahli yang mendaftar dan ia terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan jantina.

Katanya, ahli yang paling muda pada masa ini berusia 10 tahun, manakala yang paling tua pula berusia 59 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: