Saturday, March 24, 2012

Gua bercahaya Waitomo


JARINGAN benang halus ini merupakan sisa buangan ulat daripada spesies arachnocampa luminosa.


Biarpun kerlipan cahaya kedua-duanya hampir sama, tetapi spesies haiwan yang menerangi destinasi tersebut berbeza.

Uniknya, Gua Waitomo dikenali ramai sebagai antara destinasi pelancongan terkenal di New Zealand itu diterangi oleh ulat bercahaya (glow in the dark) daripada spesies arachnocampa luminosa dan sisa buangannya.

Ulat bercahaya bersaiz sebesar nyamuk itu boleh dilihat secara eksklusif di dalam Gua Waitomo, Gua Ruakuri dan Gua Aranui.

Setiap tahun, pelbagai latar belakang pengembara datang melancong ke sana bagi menikmati keindahan alam yang terdapat pada dinding gua tersebut.

Mana tidaknya, selain kaya dengan khazanah alam gua batu kapur seperti stalagmit dan stalaktit, pengunjung pastinya teruja dengan keindahan cahaya daripada ulat yang bergemerlapan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: