Peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu negara, Maxis Bhd (Maxis) memperkenalkan 20 aplikasi eksklusif percuma kepada pelanggan termasuk aplikasi terbaru, Maxis Roam yang boleh didapati di pelbagai peranti pintar seperti iPhone, Android dan tablet dikuasai Maxis Cloud.
Naib Presiden dan ketua produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis, T Kugan berkata, sebagai peneraju serantau dalam kandungan mudah alih dan perkhidmatan data, Maxis akan terus membangunkan aplikasi relevan diperkaya kepada pengguna Internet yang aktif.
“Setakat ini, Maxis mempunyai 8 juta pelanggan Internet mudah alih yang mewakili kira-kira lebih 50 peratus daripada keseluruhan asas pelanggan kami.
“Ini menunjukkan, pelanggan telah beralih daripada menggunakan peranti semata-mata untuk suara kepada penggunaan Internet mudah alih dan data,” katanya selepas memperkenalkan 20 aplikasi, di Menara Maxis, Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, 20 aplikasi Maxis itu menawarkan Maxis BPL, Maxis WiFi, Maxis One Music, Maxis Paypal, Maxis Mobile Speed Test, Maxis Holidays, Maxis Currency Converter, Maxis Rewards, Maxis QR dan Finder301 yang boleh dimuat turun menerusi Apps Store dan Android Market.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: