Sebahagian produk Dara Anggun

KOTA BHARU - Pengeluar tunggal produk kesihatan dan kecantikan Dara Anggun, Eniq World Enterprise terus melebarkan sayapnya apabila melancarkan produk terbaru keluaran­ syarikat tersebut, Jus Dara Anggun.

Pengasas produk, Rauzawani Ab Hadi berkata, jus yang mempertaruhkan moto Rahsia Wanita Kebahagiaan Abadi itu merupakan maka­nan tambahan yang diyakini mampu membuatkan kaum hawa berasa semakin hebat, bertenaga dan dikagumi suami.

“Jus Dara Ang­gun ini dihasilkan dengan 100 peratus herba akar kayu asli yang diformulasikan dengan herba terpilih tanpa ada campuran kimia,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pengambilan 20 mililiter antara sama ada sekali atau dua kali sehari sebelum menikmati sarapan dan makan malam akan memberi perbezaan ketara terhadap wanita yang inginkan kelainan dalam diri mereka.

“Ini kerana produk yang semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita hari ini bukan hanya membantu menegang dan menghilangkan kedutan, malah berupaya merawat masalah rahim serta peranakan,” katanya yang turut mengakui produk berkenaan sudah berada di pasaran sejak Januari lalu.

Rauzawani berkata, dengan hanya mempertaruhkan RM55, jus berkenaan diyakini mampu memberi pulangan melebihi apa yang diharapkan kerana kesannya bukan hanya di luaran malah dalaman.

Beliau berkata, walaupun hampir tiga bulan berada di pasaran, namun sambutan diterima menggalakkan apabila lebih 1,000 botol terjual selepas seminggu dil­ancar­kan.

“Jus ini mendapat permintaan tinggi di pasaran, apabila kami menerima maklum balas positif khasiat dan kesannya daripada pengguna yang meng­amal­kannya,” katanya.

Selain Jus Dara Anggun, Eniq World Enterprise turut mengeluarkan produk- produk lain termasuk Dara Anggun Kosmetik yang terdiri daripada Set Percubaan Jeragat atau Normal dan Set Percubaan Jerawat atau Berminyak, Jamu Dara Anggun, Dara Anggun Cafe+Collagen, dan Dara Anggun Magic Cream.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung produk berkenaan, boleh menghubungi talian 013-2752136 dan 019-9636383, atau diemelkan ke, dara_anggun1@yahoo atau layari laman web, Http://www.daraanggun.com Atau Facebook/dara Anggun.