BERMULA dengan sebuah blok bangunan kediaman pelatih yang dipinjamkan sementara daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada April 2005, Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia (PLAMM) kini berkembang sejajar dengan tuntutan semasa.
Sesuai dengan visi pusat tersebut untuk menjadi sebuah institusi latihan agensi penguatkuasaan maritim yang bertaraf dunia, PLAMM kini bertekad untuk terus melahirkan modal insan penguat kuasa maritim yang berwibawa serta diiktiraf oleh agensi maritim sejagat.
Pengarah Pendidikan dan Latihan PLAMM, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Taha Ibrahim berkata, bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan, PLAMM melaksanakan program pendidikan dan latihan berteraskan empat aspek penting iaitu pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: