HOLLYWOOD - Selepas tujuh tahun berkahwin, berita perpisahan pasangan selebriti Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLO dan suaminya, Marc Anthony telah mencetuskan kontroversi pada musim panas lalu.
JLO kini kembali menghangatkan industri dengan kisah cinta barunya yang agak berbeza berbanding sebelum ini apabila memilih hubungan monogami bersama seorang penari muda, Casper Smart, 24 tahun.
Sebelum ini, penyanyi pop, pelakon dan juri program realiti yang kini menjangkau 42 tahun ini pernah berikrar bahawa Anthony, bapa kepada anak kembarnya, yang kini berusia empat tahun, merupakan lelaki terakhir dalam hidupnya.
Pengkritik mengatakan JLO sepatutnya berfikir sebelum membuat kenyataan seperti itu.
"Casper sangat comel dan anda sendiri boleh melihatnya sendiri,” ujar JLO kepada wartawan.
Ketika ditanya wartawan mengenai sikap Smart, JLO turut mengakui bahawa dia merupakan seorang yang penyayang.
"Dia benar-benar pilihan yang baik untuk saya, tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu banyak kerana ia ialah kisah peribadi saya", katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: