Tuesday, March 6, 2012

Henti subsidi gas kepada TNB


SHAMSUL AZHAR membentangkan keputusan kewangan Petronas di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Petronas sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak akan meneruskan penjualan gas bersubsidi kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bagi penjanaan elektrik tahun ini.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, tawaran itu sepatutnya merupakan 'tawaran sekali' sahaja dan kerajaan tidak harus membayar bagi sebarang subsidi ke atas gas.

"Kami tidak pernah menyebut pada masa lalu bahawa ini merupakan sumbangan berterusan kepada TNB. Ia sepatutnya pemberian sekali sahaja, kerana kami kasihankan kepada mereka sebab ketika itu mereka tidak cukup wang.

"Sebagai anggota Majlis Ekonomi, kami telah menawarkan diri untuk membantu mereka dan kerajaan juga telah menawarkan diri untuk memainkan peranannya," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan 2011 Petronas di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: