Tuesday, March 6, 2012

25 peserta ke suku akhir


SERAMAI 25 peserta yang layak ke peringkat suku akhir PABM merebut Piala Perdana Menteri di PICC, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Seramai 25 daripada 59 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Antarabangsa terpilih ke peringkat suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman PADM, Mazlena Mohamad Hussain berkata, mereka akan berentap dalam peringkat suku akhir sebelum 12 daripadanya akan dipilih bagi meneruskan pertandingan ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok.

Menurutnya, saingan bagi kategori Nusantara yang melibatkan peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura bagi mengisi lima tempat ke separuh akhir juga akan bermula esok.

“Lima peserta itu kemudiannya akan bersaing untuk mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada hari Khamis nanti.

“Pada penganjuran kali ini, seramai 33 orang juri tempatan dari Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum) akan mengadili pertandingan ini dengan empat orang daripadanya ialah juri jemputan antarabangsa bagi mengadili peringkat akhir nanti,” katanya selepas selesai peringkat saringan ke suku akhir PABM 2012 di Dewan Enam, PICC di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: