
PENULIS bergambar di atas batu yang terdapat di puncak Gunung Toolbrunup, Australia Barat.
Keinginan mendaki semakin membuak-buak, apatah lagi saya sudah lama 'gelisah' kerana tidak mendaki gunung sejak tiba di Perth pada September tahun lalu. Di Malaysia, saya kerap mendaki bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.
Bagi saya, ia satu keinginan yang perlu dilunaskan. Setelah menyampaikan cadangan di laman sosial Facebook GEBA GEKA (Geng Basikal Geng Kayak), sebuah kelab rekreasi pelajar Malaysia di Perth, saya berjaya mengumpul empat individu iaitu Syafiq Afifi, 22, pelajar tahun akhir pengajian Geologi; Faridah Ridzuan, 26, pelajar tahun akhir program ijazah doktor falsafah (PhD) Sains Komputer dan Dr. Anisa Aisya Abu Baker, 33, seorang pakar anesthesia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: