Tuesday, March 20, 2012

Dunia pakaian dalam Hanim


Hanim Sahrom


KATA pakar motivasi perniagaan, antara tip untuk menjadi usahawan ialah dengan menimba pengalaman.

Tempoh 15 tahun bermula dengan jawatan pengurus daerah, kemudiannya menjadi pengurus jenama fesyen bahagian aksesori dewasa dan kanak-kanak, sebelum dilantik sebagai pengurus kanan pemasaran fesyen sebuah syarikat jenama pakaian dalam antarabangsa, memang cukup kukuh untuk Hanim Sahrom memulakan perniagaannya sendiri.

"Fesyen terutamanya pakaian dalam di Malaysia belum dipelopori secara serius oleh anak bumiputera.

"Pengalaman lebih 15 tahun dalam meningkatkan nama dan jualan jenama pakaian dalam fesyen antarabangsa telah membawa saya menjelajah ke merata dunia untuk menimba pengalaman secara langsung dalam bidang ini.

"Perniagaan pakaian dalam unik dan mencabar kerana rekaan yang sangat teliti dan memerlukan satu 'ramuan khas' untuk menjadikannya jenama pilihan ramai," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: