Tuesday, March 20, 2012

Armizal terima sijil tolak rasuah


Inspektor Armizal Ahmad Basri (kanan) bergambar kenangan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika menerima sijil penghargaan selepas menangkap seorang suspek yang cuba memberi rasuah.


BILA berbicara tentang persepsi atau tanggapan, ia memang sesuatu yang cukup subjektif. Apatah lagi jika mengenai sesuatu buruk terhadap agensi keselamatan negara.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak pernah lari daripada dihukum oleh masyarakat mengenai penglibatan dalam jenayah rasuah.

Daripada peringkat anggota bawahan hingga ke pegawai atasan, persepsi mengenai gejala rasuah pasti wujud.

Namun, berpegang kepada integriti pasukan dan amanah memastikan jenayah serta keselamatan sentiasa terjamin yang ditunjukkan warga PDRM kini, persepsi itu perlu diubah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: