Tuesday, March 20, 2012

Ziarah amal bersama artis


Sharifah Aini menyampaikan sumbangan kepada 50 anak-anak yatim yang diraikan sewaktu berkunjung ke 'Kamal Restaurant' di Pasir Mas, Kelantan.


HADIS ini jelas menerangkan bahawa sikap tolong-menolong dan menggembirakan hati orang lain, khususnya mereka yang berada dalam kesusahan adalah akhlak terpuji yang sangat dicintai-Nya.

Dalam realiti kehidupan hari ini, masih ada lagi golongan yang perlu dibantu. Kehidupan mereka itu, serba tidak mencukupi dan sering berada dalam kekurangan dan ada yang mengharapkan ihsan orang ramai untuk membantunya. Lebih mendukakan, kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar dan jauh di pedalaman dan akhirnya, dipinggirkan.

Menyedari akan nasib golongan seumpama ini, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) telah tampil memperkenalkan satu lagi program kebajikan untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan yang dikenali Ziarah Amal Bersama Artis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: