Sunday, March 18, 2012

Ditinggalkan manusia..




BANDAR-bandar lama yang ditinggalkan tidak berpenghuni selalunya akan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sama ada bandar-bandar ini bekas kawasan perang yang ditinggalkan atau bandar lama yang pernah mengalami kemuncaknya sebelum ditinggalkan begitu sahaja mempunyai kisah dan dramanya yang tersendiri.

Kebiasaannya kita akan beranggapan bandar-bandar ini sebagai berhantu apatah lagi jika dilihat pada waktu malam.

Suasana

Sama ada ia benar-benar berhantu atau tidak masih belum ada jawapan yang pasti kerana setiap manusia ada kisah dan pandangannya yang tersendiri. Namun tidak dinafikan suasana yang wujud di bandar sebegini pasti akan membuat kita tidak senang duduk selain mampu membuatkan bulu rama kita meremang.

Pancawarna minggu ini cuba menyingkap beberapa bandar lama di dunia yang masih menjadi misteri sehingga digelar bandar berhantu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: