NAM tahun hidup secara solo, Azza mengakui ia antara detik-detik perit yang mencabar hidupnya.
Rasa kehilangan dan kekosongan yang selama ini dilalu, barangkali tidak mampu untuk diterjemahkan dengan apa juga perkataan, sementelah itu tragedi masa silam.
Pun, dengan sedikit semangat yang masih tinggal, penyanyi dan pelakon Azzarima Zawari tahu, masa depan untuknya masih gemilang mendepani hari.
Dan ia terbukti benar apabila muncul seorang teruna, membuat lamaran memperisterikannya lalu menjadikan dia terus percaya cinta mampu 'menghidupkan' semula sesuatu yang sekian lama mati.
Melihat kesungguhan si jejaka, Azza tahu bahawa ini adalah detik terbaik untuk kembali semula ke alam yang telah meninggalkan nostalgia berduri kepada hidupnya suatu ketika dulu, episod berumahtangga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: